ARTIKEL | PROGRAM CHARITY ASAH SOFT SKILL PELAJAR

June 11, 2015


PROGRAM CHARITY ASAH SOFT SKILL PELAJAR


Maksud Soft skill dan Charity


Soft skill dalam erti bahasa melayu adalah sifat-sifat peribadi yang membolehkan seseorang untuk berinteraksi dengan berkesan dan harmoni dengan orang lain. Charity pula merupakan satu program khidmat masyarakat  atau kebajikan yang meransang anak muda terutamanya pelajar universiti. Sebagai seorang mahasiswa/i, anda digalakkan untuk sama-sama turun ke program charity. Hal ini kerana program yang dijalankan bukan sahaja dapat membantu masyarakat disekeliling, malah dapat mengasah cara berkomunikasi dan interaksi pelajar dengan masyarakat.

Permasalahan Pelajar Keluaran Universiti


Pelajar keluaran universiti kebanyakkannya lemah dalam berinteraksi. Hal ini kerana pelajar itu sendiri kurang mengambil perhatian dalam aktivit-aktiviti yang dijalankan di universiti. Oleh itu, pelajar disarankan untuk memperbanyakkan program kebajikan yang mana dapat berinteraksi dengan lebih luas dengan masyarakat diluar sana. Pengalaman saya sendiri yang melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat dengan kerjasama Mercy Malaysia dan Muslim Care telah menunjukkan potensi yang tinggi dalam proses mengasah soft skill itu tersendiri.

ARTIKEL | PROGRAM CHARITY ASAH SOFT SKILL PELAJAR, Kebaikan Program Charity, Pengalaman melatih soft skill, Permasalahan Pelajar Keluaran Universiti, Maksud Soft skill dan Charity, kanvaskehidupanku.blogspot.com, adkdayah, u3p usim
Kerjasama Muslim Care dengan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Pengalaman melatih soft skill


Peluang  bekerjasama dengan dua badan besar seperti Mercy Malaysia dan Muslim Care adalah salah satu jalan untuk seorang pelajar melangkah dan melihat suasana yang berlaku di dunia luar. Salah satu program yang telah dijalankan bersama Muslim Care adalah Kembara Kesukarelawan dan Tautan Kasih di Guilin, China. Kerjasama bersama Muslim Care memberi peluang kepada pelajar seperti saya, belajar dalam menguruskan aktiviti skala besar. dalam kesibukan menguruskan program berskala besar seperti ini, secara tidak lansung telah mengasah soft skill yang tersimpan. Selain itu, dengan berprogram kita dapat belajar cara bekerja secara berkumpulan dan dalam masa yang sama ia dapat mengasah cara-cara untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi.

 Kebaikan Program Charity


Oleh itu, perbanyakkan program charity untuk memperkembangkan dan mengasah bakat yang sedia ada untuk mengharungi dunia luar setelah tamat pengajian. Pelajar yang kurang terdedah dengan aktiviti-aktiviti seperti charity akan mngalami kekurangan cara untuk berinteraksi dengan harmoni di dalam masyarakat. Hal ini kerana mereka merasa rendah diri dan gugup saat harus berhadapan dengan orang banyak, apalagi dengan orang yang lebih berpengalaman dan khalayak umum. Oleh itu, dengan memperbanyakkan program-program charity untuk mengatasi masalah gugup dihadapan khalayak ramai.

 Oleh: adkdayah (USIM)
barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. X ramai pelajar yg suka aktiviti2 charity nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang juga nampak student2 nak luang masa dengan masyarakat luar =(

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum