Travelog #2 | Pengalaman umrah pertama adkdayah

April 18, 2018


Hari kedua menunaikan umrah


Assalamualaikum,

Dah habis ke baca entri dayah di SINI? Kalau belum baca, mohon pergi baca dulu sebelum baca entri kali ini, sebab entri kali ini adalah sambungan daripada entri SANA. Okey entri untuk hari kedua menunaikan umrah ni di Madinah yer sayang-sayang . Maknanya, penerbangan Saudi Airline tak ada transit dimana-mana, terus daripada KLIA ke Madinah. Dah sedia semua untuk hari kedua menunaikan umrah dengan adkdayah? Hehe

23 November 2017 | Perbezaan waktu dengan Malaysia

Kami daripada KLIA bertolak pukul 5 petang  lebih dan sampai di Lapangan terbang di Madinah pukul 11 lebih kurang, aik! Cepatnya sampai! Sebenarnya, waktu di Madinah tak sama dengan Malaysia. Waktu di Madinah awal 5 jam daripada masa Malaysia dan begitu juga sebaliknya. Jadinya kalau dayah sampai di Madinah pukul 11, maknanya di Malaysia waktu itu pukul 4 pagi. Boleh bayangkan tak macam mana mengantuknya waktu tu? Haha tapi disebabkan teruja, tak sempat fikir mengantuk.

Lapangan terbang di Madinah

Masa kami sampai tu, waktu diorang nak dekat tengah malam la kan? Pak arab dekat sana boleh buat rehat-rehat, kira agak panjang juga la kami beratur tu untuk pengesahan passport. Pakat-pakat baca doa permudah, sebab badan dah letih. Alhamdulillah, dalam setengah jam lepas tu, pak arab tu pun mula buka kaunter dan urusan berjalan dengan lancar. Sempat lagi ahli kumpulan usik dayah, “jangan tak lepas sebab PTPTN yer dayah” senget betul ahli kumpulan dayah ni..hehe

Selesai semua urusan, kami dijemput oleh mutawif PDC Travel wakil di Madinah (ustaz wan). Apabila dah sampai di tanah arab ni, pertuturan pun arab la kan, rasa macam teruja pula, sebab dayah pun agak lama tinggal bahasa arab. Tapi kan, bila dengar jer, kita faham dan mula rasa macam diasah kembali bahasa arab yang dayah belajar dulu. Syukur sebab ada juga ilmu yang boleh digunak pakai.

MUKHTARA INTERNATIONAL HOTEL

Perjalanan yang mengambil masa dalam 45 minit tu tak terasa sangat apabila mendengar celoteh ustaz wan. Disetiap tempat akan diberitahu cerita dan sejarah di Madinah. Seronok sangat, sampai la ke satu kawasan, ustaz wan pesan “kita akan memasuki kawasan tanah suci dimana, kita perlu menjaga pertuturan dan peradaban kita kerana kawasan ini digelar tanah suci kedua setelah Mekah” maka oleh itu, kami tahu lah bahawa kami sudah sampai di kawasan hotel yang mana hotel tu berhampiran dengan Masjid Nabawi. Saat sampai tu, Nampak ja bumbung Masjid Nabawi, hati dah rasa macam sayu dan tak tahu nak ungkap. Masjid dimana Nabi SAW di kebumikan, masjid yang menjadi pusat  pengumpulan orang-orang beragam Islam. ALLAHU AKHBAR!!
masjid nabawi, raudhoh di masjid nabawi,hotel mukhtara international, lapanga terbang di madinah, ziarah madinah
Mukhtara International Hotel
Kami menginap di Mukhtara International Hotel untuk 4 hari 3 malam. Jarak hotel dengan Masjid Nabawi menngambil masa hanya 5 minit. Agak dekat , syukur!

Ziarah Masjid Nabawi

masjid nabawi, raudhoh di masjid nabawi,hotel mukhtara international, lapanga terbang di madinah, ziarah madinah
yang jadi imam tu ustaz arif, mutawif PDC Travel daripada Malaysia

Masa sampai tu, ahli kumpulan yang lelaki sahaja, mutawif yang dari Malaysia (ustaz arif) bawa ke Masjid Nabawi, yang perempuan rehat di hotel sebabnya waktu tu dah hampir pukul 2 pagi. Keesokkan harinya, subuh jer terus kami pergi ke Masjid Nabawi, teruja nak masuk dan alami apa yang orang rasa apabila beri’tikaf didalamnya. Subuh pukul 5 pagi lebih kurang, kami agak lewat masa masuk ke dalam masjid, muazin dah azan, kami baru nak masuk, sesak tu hanya ALLAH jer yang tahu, lepas-lepas tu, memang noted la bahawa sebelum azan dah kena masuk masjid, kalau tidak tak ada tempat la jawabnya.

Lepas solat, dayah dengan mak balik ke hotel dan sarapan, tunggu abang dan ayah sebab nak beli sim card, susah nak berhubung kalau tak ada sim. Jumpa jer dengan diorang, laju jer ajak ronda depan-depan hotel tu, kononya nak cari sim, last-last beli dekat bangla yang jadi waiter dekat hotel yang kami duduk tu. Senang! Haha
masjid nabawi, raudhoh di masjid nabawi,hotel mukhtara international, lapanga terbang di madinah, ziarah madinah
Kagum! tenang sangat walaupun ramai orang
Masa solat jumaat, dayah dan mak tak pergi, masa asar tu kami pergi dan lepas solat jer, asar pukul 3, kami semua berkumpul di pintu pagar bernombor 25. Waktu berkumpul tu, ustaz farid ada sekali, jadinya ustaz farid yang bawa kami ziarah masjid nabawi sambil bercerita tentang sejarah yang ada. Best sangat sebab cara penyampaian untaz farid memang terbaik la. Ops! Lupa nak bagi tahu, ustaz farid ni COO PDC Travel yang menetap di Madinah dan Mekah. Beliau juga yang bagi kursus umrah dekat kami masa di Malaysia.


masjid nabawi, raudhoh di masjid nabawi,hotel mukhtara international, lapanga terbang di madinah, ziarah madinah
selalu tengok dalam tv jer buka tutup payung besar ni, sekali, depan mata..ALLAHU AKBAR!

Melawat sambil dengar cerita sejarah islam ni, memang best sampai la waktu maghrib, perhh punya lama berjalan sampai tak terasa sebab khusyuk sangat dengar cerita sejarah islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. maghrib waktu tu pukul 5 petang dang isyak pukul 7 malam. Memang agak singkat siang di sana.

RAUDHOH A.K.A TAMAN SYURGA

Lepas balik daripada isyak, balik tu memang mengantuk sangat, terus tidur. Bayangkan la, waktu tu pukul 8 malam, waktu Malaysia pula pukul 1 pagi, maunya tak mengantuk. Malam disana panjang, kalau shopping memang best la, tapi kena tahan mengantuk la, sementara nak adjust masa tu.

Pukul 9 macam tu dapat whatsapp daripada ustaz Arif, dia cakap ada ustazah yang akan bawa kami muslimat untuk ke Raudhoh. Haa!! ini la peluang, sebab nak masuk Raudhoh ni sangat-sangat la susah. Berhimpit dengan pelbagai orang dari macam-macam negara dan mazhab. Mak takut juga nak bawa dayah sebenarnya, sebab dayah tak boleh berhimpit sangat, takut asma.

Sekali, ustaz cakap ada ustazah yang akan bawa, terus laju jer nak ikut sekali, dalam pukul 10 malam, kami turun dan jumpa di lobi hotel. Ustazah Mariam, orang indonesia yang menetap di Madinah, fasih berbahasa melayu dan arab. Service terbaik la dayah cakap, ustazah Mariam bawa ni memang seronok dan ALLAH tolong sangat-sangat. Kami dapat masuk dengan tanpa halangan. Sekatan polis pun tak kena. Alhamdulillah.

Masa masuk tu, ustazah masukkan dayah dengan mak dulu, lepas tu baru ahli yang lain, kiranya dua orang sekali masuk sebab senang ustazah nak jaga kami yang tengah solat dalam tu. Kenapa berebut nak masuk Raudhoh untuk solat? haa!! jawapan yang ini, nanti dayah terang panjang di entri kemudian yer.

Nak cerita seronoknya dapat masuk tu, tak dapat gambarkan, bayangkan la, doa kita dimakbulkan kalau kita berdoa sesungguh hati di taman syurga ini. Haa! siapa yang tak nak, betul tak? ustazah Mariam memang betul-betul jaga, dan dayah dan mak dapat solat denga tenang tanpa ada yang melangkah atas kepala atau pun tertolak. Alhamdulillah.

Raudhoh hanya dibuka untuk muslimat pada masa yang ditetapkan iaitu selepas dhuha, zuhur dan isyak. Masa itu sahaja untuk kita ambil peluang masuk ke dalam. Raudhoh ini didalam Masjid Nabawi, tetapi dibahagian solat lelaki. Oleh itu, ada masa untuk muslimat yang hendak masuk. Perbezaan dia hanyalah karpet. Kalau kita masuk karpet hijau tu, bermakna kita dah masuk kawasan Raudhoh. Kalau karpet merah, bukan kawasan Raudhoh, tapi masih lagi dalam Masjid Nabawi.

Gambar? maaf, dayah tak sempat nak snap sebab terlalu teruja nak masuk dan menghayati saat-saat yang berharga disana. Taman syurga kot 😃

okey la semua, dayah harap ada la yang sudi membaca serba sedikit coretan dayah ini. Pengalaman dayah mungkin tidak sama dengan pengalaman orang lain. Ini dayah punya pengalaman, jadi dayah nak abdikan pengalaman itu di sini.

Jumpa lagi di entri seterusnya, semoga sihat sentiasa dengan barakah Ilahi. Amin

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

15 comments

  1. Alhamdulillah.
    Mudah2an dapat umrah yang mabrur

    ReplyDelete
  2. hai , dh lama ain tak singgah blog adkdayah ni.hhehehe..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. tahniah sebab dah sampai ke tanah suci..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah sampai ke sana waktu usia muda...bestkan...doakan kakak-kakak ni ke sana nanti ...

    ReplyDelete
  5. tahniah dijemput sebagai tetamu Allah

    www.ummicenter.com

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..semoga diberi peluang untuk menjejakkan kaki di sana kelak..��

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..semoga diberi peluang untuk menjejakkan kaki di sana kelak..😍

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah jom doa utk haji pula ameen

    ReplyDelete
  9. bestnya, berpeluang menjadi tetamu-Nya..

    ReplyDelete
  10. alhamdullilah, saya berangan nak bawak satu keluarga mengerjakan umrah.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah senangnya mendengar kabar gembira ini.
    semoga berkah dan semoga kawan-kawan lain dapat ikut merasakan pergi umroh. aamiin
    kumpulan sholawat nabi

    ReplyDelete
  12. semoga Allah menjemput saya juga ke sana satu hari nanti. InshaAllah

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah, moga saya juga dijemput menjadi tetamuNya satu hari kelak.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dah sampai ke sana. Doakan saya pun akam sampai ke sana ye. In shaa Allah... Aameen!

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum