Ubat sakit hati paling mujarab

May 25, 2016

Assalamualaikum dan salam maghrib semua..dah solat ke belum? Haa..belum, cepat-celat ambil wudhu dan solat, lewat dah ni..hehe dayah dah solat jadi nak membebel kejap, layankan jer la yer bebelan mak jemah sorang ni..hee
Saja nak bebel tentang SAKIT HATI. Ubat sakit hati satu jer, ini paling mujarab bagi dayah la yer, kalau korang dayah tak tahu la pulak..hehe, ubat SAKIT HATI paling3 mujarab adalah duduk diam-diam dan jangan cakap apa-apa. Bukan sebab kita kalah tapi kita ambil langkah untuk tidak melukakan hati orang lain seperti mana orang lain menyakiti hati kita. Betul tak?

Kadang tu malas nak cakap, kalau cakap asyik nak kena tengking jer, baik tutup mulut duduk diam-diam.. buat kerja sendiri..tak perlu nak sakit hati sesiapa..bahagia jer.. Kadang tu ada juga masa untuk diri sendiri, kalau asyik jaga hati orang, tapi orang tak jaga hati kita, tak ada makna langsung.. Jadi lebih baik, tarik nafas dalam-dalam dan hembus..pejam mata dan fikirkan saat-saat ketenangan..didalam hati pula berdoa agar ALLAH permudahkan segala urusan.

ALLAH maha penyayang, DIA tak akan uji hambaNYA diluar kemampuan. Ujian dariNYA semuanya adalah kemampuan kita untuk menghadapinya. Peringatan untuk diri dayah dan semuanya, ingat satu jer, 

'kalau orang jatuhkan kita, jangan sesekali jatuhkan orang itu, walaupun kita jatuh bersujud ke bumi, biarkan dia dengan caranya, jangan sesekali membalas perbuatan itu dengan cara yang sama kerana tidak mustahil, kita akan menjadi sepertinya yang menjatuhkan orang lain'



Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments

  1. buat hal sendiri lebih bahagia dari ayik fikirkan org kan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, diri sendiri tak terurus, nak layan kerenah orang pula..parok2, hee

      Delete
  2. akk suka tidur..nanti bangun..lupa semua. Hati x sakit lagi hehehe

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum