Pantai Cantik di Port Dickson

May 23, 2016

Bukit batu putih, Tanjung Tuan

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua. Ampun dan maaf dipinta sebab tak update blog seminggu, bukan sebab malas tapi sibuk sepanjang minggu. Mak ayah datang, pensyarah datang buat pemantauan dekat tempat praktikal, laporan nak kena siapkan lagi. Sangat-sangat sibuk. Dalam kesibukkan macam tu, minggu lepas sempat lagi dayah pergi Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan dekat Port Dickson. Kalau korang follow instgram dayah (adkdayah93) mesti tahu, sebab dayah ada update dekat instagram. Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan ni sangat-sangat terbaik dayah cakap..sebab pemandangan dia subhanALLAH, cantik sangat ciptaan ALLAH.


Pemandangan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan

Cuba korang tengok gambar-gambar yang dayah upload dalam entri ni, semuanya real tau..ada yang datang jumpa dayah tanya, "gambar ko post tu real ke, wallpaper jer?" .. Jadi dekat sini dayah tekankan sekali lagi, ni gambar real punya yer, bukan wallpaper..hehe 

Gayat? ya..!! dayah mengaku waktu awal-awal sampai tu, gayat memang gayat tapi bila dah tengok permandangan yang cantik teramat tu, terus hilang gayat tu.

Pantai Cantik di Port Dickson, Bukit batu putih, Tanjung Tuan, Pemandangan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
batu ni sangat-sangat kecil, hanya boleh berdiri seorang jer
Pantai Cantik di Port Dickson, Bukit batu putih, Tanjung Tuan, Pemandangan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
yang 2 dari kiri tu, kawan baru daripada unimap

Pantai Cantik di Port Dickson, Bukit batu putih, Tanjung Tuan, Pemandangan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
muka budak teruja dapat mandi air laut yang jernih
Pantai Cantik di Port Dickson, Bukit batu putih, Tanjung Tuan, Pemandangan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
panta ni dah macam pantai persendirian dah..hehe

Pantai Cantik di Port Dickson, Bukit batu putih, Tanjung Tuan, Pemandangan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
teruja main gopro, kasi sis seronok sikit boleh yer..haha
Pantai Cantik di Port Dickson, Bukit batu putih, Tanjung Tuan, Pemandangan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
guider a.k.a abang kelas dayah yang tolong tunjuk tempat best dekat sini
Pantai Cantik di Port Dickson, Bukit batu putih, Tanjung Tuan, Pemandangan Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
kitorang naik 4 orang jer sebab yang kawan baru dari unimap tu tak sihat untuk mendaki

PANTAI CANTIK DI PORT DICKSON

Pantai cantik di Port Dickson setakat dayah ulang alik selama ni, ini pertama kali dayah jumpa pantai yang cantik dan bersih dan paling penting tak ramai pengunjung sebab kena daki bukit dulu kemudian baru boleh turun mandi pantai dekat bawah tu, Bayangkan pantai tu kitorang mandi tanpa rasa segan atau malu dengan pengunjung yang ramai, rasa macam pantai peribadi jer korang..hehe

In sya Allah, kalau tak ada aral melintang, dayah nak pergi sekali lagi, best sangat sampai tak tahu nak cerita, korang sendiri kena pergi dan merasai apa yang dayah rasa.

ok korang, jumpa lagi di next entry =)

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum