Apa yang 'kecoh' dekat Stadium Malawati Shah Alam?
May 03, 2016
Assalamualaikum, tadi dah baca belum post dayah tentang SENYUMAN. Kalau belum baca pergi baca cepat..okey sekarang nak cerita tentang hari minggu lepas. Selepas seharia terperap dalam rumah hari sabtu lepas. Dayah dan kawan dayah terus laju jer keluar apabila mak saudara kawan dayah ajak pergi Shah Alam. Apa yang 'kecoh' dekat Stadium Malawati Shah Alam? Ada apa dekat Shah Alam?
STADIUM MALAWATI SHAH ALAM
Ada jualan barang-barang online di Stadium Malawati Shah Alam.Ramai artis yang terlibat dan diantara yang sempat dayah jumpa hari Ahad lepas, kak Dynas and kak Diana. Pertama kali sampai Stadium Malawati Shah Alam ni, besar juga yer..tak sangka pula dapat juga dayah sampai ke sana. hehe. Selain tu kan, dekat Stadium Malawati Shah Alam ni juga ada festival food truck..memang banyak la makanan yang dijual. Nasib dayah sampai dah petang, masuk meronda kawasan food truck ni pun lepas Maghrib, jadi makanan dah tak banyak yang dijual.
Harga barang-barang yang dijual ada diskaun yang banyak..tapi kalau ikutkan student macam dayah ni, masih di tahap kritikal juga la..haha. Kalau ikutkan hati yang rakus ni memang nak sangat beli blouse dan segala macam dekat sana. Cantik-cantik wey, tak tipu..mula la nak menyanyi "kalau aku kaya..aku beli segalanya..hahahaha"
dengan kak Dynas yang sangat peramah dan sporting habis. |
dengan kak Diana. |
Okey lah korang, sementara dayah tak ada kelas lagi ni, boleh la nak menaip..tapi jap lagi dayah ada kelas relif pukul 2-320 petang..jadi dayah nak menaip next entry yer. Jumpa korang lagi nanti..semoga dalam keadaan sihat sejahtera.
barakALLAHufikum
4 comments
amboi...ni yg kecoh rupanyaa..hihihii
ReplyDeletewaa bestnya ..lupa plk pcl nak ajak mamaD pi sana. Nak makan2 @food truck !
ReplyDeletewah wahh...kemain bergambar dengan artis ehh dayah..hehe
ReplyDeletewahhh bestnyaa dpt jumpa retis..
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.