KEHIDUPAN UNIVERSITI
Assalamualaikum,
Ada yang Monday
blue ke? Hehe hari ini dayah nak cerita tentang kehidupan di universiti. Kenapa
dayah nak cerita tentang kehidupan di universiti? Sebabnya, bagi setiap orang
yang pernah jejak kaki di menara gading, mempunyai pengalaman masing-masing.
Sama juga dengan dayah. Pengalaman dayah tentang kehidupan universiti mungkin
ada yang sama dan tak sama bagi sesetengah orang tapi yang pastinya, dayah ada
kehidupan di universiti dayah sendiri untuk diingati.
Okey, pertama kali
dayah nak cerita tentang kelas dan kuliah di universiti. Kalau tengok cerita di
tv, jarang sekali dia tunjuk kelas tutorial dan selalu sangat tunjuk kuliah
sahaja. Jadinya, budak-budak baru yang nak masuk universiti tidak akan dapat
gambaran bahawa di universiti, kita akan ada kelas dan juga kuliah. Apa itu
kelas dan apa itu kuliah? Apakah perbezaannya?
![]() |
| dalam dewan kuliah di USIM |
Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !
Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
![]() |
| klik banner untuk join GA |
KELUARGA BAHAGIA
Assalamualaikum,
Keluarga bahagia datangnya daripada didikan yang sempurna. Semoga kita semua tergolong daripada golongan keluarga bahagia yang datang daripada didikan yang sempurna. Dayah yakin diluar sana ramai yang diberi didikan yang sempurna, semoga berbahagia hendaknya. Tapi kan, ada yang dapat didikan yang sempurna tapi masih lgi tidak bahagia dengan keluarganya, kenapa pula yer?
Allah adalah sebaik-baik perancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Oleh itu, kewujudan keluarga yang tidak bahagia ini adalah ujian yang diberiNYA kepada hamba yang kuat dan boleh mengatasinya. Kadang tu ada jer, didikan yang diberi dah sempurna tapi masih lagi cara fikirannya tidak sempurna seperti mana didikan yang telah diberikan.
HUJUNG MINGGU
Assalamualaikum,
Hujung minggu adalah hari yang ditunggu sepanjang seminggu, betul tak? sama la dengan dayah, sebab hujung minggu jer dapat luangkan masa dengan semua adik beradik dan anak-anak buah. semua pakat cuti. Kalau dulu masa belejar dekat USIM, waktu hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu sebab boleh berjaga malam sampai kadang tu tak tidur, layan movie atau kdrama sampai tak ingat dunia. haha. Rindu zaman bila mana bangun jer, terus dalam kepala otak ni fikir, nak habiskan hujung minggu dekat mana. Kadang tu, keluar berjimba dengan sahabat yang rapat, sahabat yang dari fakulti lain tapi sekepala dengan dayah. Best kalau ingatkan balik.
![]() |
| zaman di USIM bila mana Port Dickson adalah tempat riadah wajib..haha |




