Apa khabar semua? sihat alhamdulillah..sebenarnya sudah lama dayah nak siapkan entry ini semenjak viral Ice Bucket Challenge dekat facebook lagi..artis2 kpop yang dayah minat pun sudah ramai yang ambik part dalam Ice Bucket Challenge..antaranya ahli2 Super Junior eunhyuk,donghae, leeteuk, siwon, ryeowook.. setakat ni yang dayah tahu itu jer..ok apa itu Ice Bucket Challenge?
Apa itu Ice Bucket Challenge?
Ice Bucket Challenge adalah untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit ALS di mana peserta yang mengambil bahagian harus disiramkan ketulan ais ke tubuhnya lalu mencabar 3 orang lain untuk
melakukan hal yang sama. Jika sesiapa yang dicabar tidak melakukannya, mereka harus
menyumbangkan $100 ke yayasan ALS.
Apa itu ALS?
ALS (Amyotrophic lateral sclerosis) adalah penyakit neurodegeneratif progresif yang mempengaruhi
sel-sel saraf di otak dan sumsum tulang belakang. ALS dapat menjangkit 2
orang setiap 100.000 populasi global.Oleh itu Ice Bucket Challenge ini dilakukan kerana untuk
memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit ALS ini..kesejukan
yang dialami peserta yang disiram ketulan itu adalah sama dengan derita
pesakit ALS ini.
Menteri kita dekat Malaysia ni yang mengambil bahagian ialah YB Khairy Jamaluddin.. bagi pendapat dayah pula..bagi yang beragama islam tu boleh melakukan tapi dengan syarat lelaki sahaja..bukan sebab apa..dayah rasa macam x elok pula kalau perempuan yang lakukan..cuba kita fikirkan..perempuan yang disimbah sebaldi ais akan jadi apa? terdedahlah aurat2 yang sepatutnya kita tutupi..sesuatu benda yang kita lakukan pasti ada pro and con dia..sebelum mencuba sesuatu baik kita nilai baik buruknya dulu..itu semua pendapat dayah la..dayah bukan seorang alim ulama tapi dayah hanya memberi pendapat :) moga bermanfaat kepada kita semua..
meh dayah kongsikan gambar2 suju oppa dayah yang ikut Ice Bucket Challenge
eunhyuk and donghae super junior ( my best shipper )