Kerjaya sebagai pendidik
July 01, 2019
Kerjaya sebagai pendidik
Assalamualaikum, rasa kekok pula bila masuk blog sendiri setelah
sekian lama menyepi. Bukan kerana keinginan hati tetapi sedang mencari
identiti. Bukan sekadar kepuasan diri tapi semuanya ketentuan ilahi. Okey cukup
bermadah kita terus masuk isi kandungan cerita hari ni, dayah sebenarnya banyak
nak cerita tapi sampai tak tahu nak cerita yang mana satu, yang pastinya dayah
kembali kedunia blog setelah sekian lama menyepi.
Dayah cerita serba sedikit
tentang hidup dayah yer, boleh? Agak kalau bosan jangan la tekan pangkah dekat
tab atas tu..mohon juga baca..haha paksaan ni, oke cukup. Korang kalau rasa
bosan boleh ke page berikut..aiseh ayat pasrah.
![]() |
gambar ni masa bawak budak sekolah lawan Fannul Atfal di Baling anjuran Majlis Agama Kedah. |
Sebelum ni dayah pernah cerita
dayah kerja dekat Little Caliphs Bandar Puteri Jaya (LCBPJ) pada tahun 2017
daripada bulan februari sehingga bulan november. Dayah berhenti setelah dapat
tawaran bekerja di Sekolah Rendah Al-Maarif (SERIAM) di Sungai Layar dekat jer
dengan rumah dayah, dalam 15 minit kalau tak sesak.
Sebelum LCBPJ, dayah praktikal di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN) dari bulan januari sampai mei 2016 sebelum konvo di USIM. Jadinya, dayah pernah menjadi ustazah, teacher dan sekarang sebagai cikgu. Apa pun gelaran yang diberi, tugas tetap sama iaitu mendidik.
Masuk tahun ni 2019, hampir 2
tahun dayah berkhidmat di SERIAM. Kalau dalam pendidikan pula, hampir 4 tahun
dayah dalam bidang perguruan. Alhamdulillah. Kerjaya guru memang sebati dengan
diri dayah daripada kecik.
Masa kecik dulu, kalau main
dengan kawan-kawan dekat sekolah, mesti nak main cikgu-cikgu..haha sanggup buat
soalan kemudian paksa kawan jawab, balik rumah tanda kertas..imaginasi sangat
tinggi.
Dah besar, jadi cikgu nak tanda
kertas jenuh cari masa nak menanda. Tak merungut tapi bersyukur sebab itu
cita-cita daripada kecik. Semoga pekerjaan ini menjadi salah satu jambatan
pahala untuk menolong para pendidik di akhirat kelak. Amin.
barakALLAHufikum
6 comments
Tahniah
ReplyDeleteTugas guru pekerjaan yang mulia.
Rabia pun kerja sbg cikgu tadika , taska Dan transit jugak. Heheh .
ReplyDeleteAlhamdulillah dan selamat maju jay Cikgu Nur Hidayah .. :)
ReplyDelete...
lamanya tak singgah sini, alhamdulillah semoga adik dayah akan terus menjadi pendidik menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan di kurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan..aamiin :) rindu sangat dengan dayah ..
ReplyDeletewaalaikumussalam. alhamdulillah terima kasih adik atas jasa mu sebagai cikgu ^_^
ReplyDeleteشركة عزل اسطح بجدة
ReplyDeleteشركة تسليك مجارى بجدة
شركة تنظيف مكيفات بجدة
شركة جلي بلاط بجدة
شركة تنظيف مسابح بجدة
شركة مكافحة حشرات بجدة
شركة تنظيف بجدة
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.