Western food paling sedap di sungai petani
February 18, 2016
BOAT NOODLE DI SUNGAI PETANI
WESTERN FOOD PALING SEDAP DI SUNGAI PETANI
Assalamualaikum, diam-diam bukan bermakna diam dalam dunia blogging, tapi dayah diam sebab sibuk dengan praktikal. kajian lapangan yang perlu dibuat, kelas yang perlu diganti, kelas sendiri lagi, jadi dayah terpaksa tenggelam timbul dalam dunia blogging. Rindu tu jangan tanya la, memang teramat rindu la. Maka untuk ubati penyakit rindu untuk menaip. meh sini dayah nak cerita tentang western food paling sedap dekat sungai petani. Bukan sahaja western food tetapi ada juga boat noodle dan air gelas besar yang dikenali sebagai minuman tea boss. Macam mana dayah boleh tahu tempat ni? dayah tahu sebab abang dayah bawa dayah kesini sebab nak belanja adik kesayangan dia ni la. Memang terbaik la makanan dia dekat sini.
TEA BOSS
"DRINK TEA LIKE A BOSS"
MAKANAN ALA-ALA HOTEL,
BAYAR HARGA TEPI JALAN
Cadangnya, abang dayah nak bawa dayah jer, sekali anak buah ada dekat rumah, jadi bawa la anak buah kitorang ni. senyum lebar jer muka bila pak lang nak belanja makan. haha
HARGA MAKANAN DAN MINUMAN DI TEA BOSS SUNGAI PETANI
ANTARA MAKANAN YANG ADA DI TEA BOSS SUNGAI PETANI
chicken cordon bleu RM18.90 |
Serious dayah cakap, chicken cordon bleu dekat tea boss memang sedap sangat-sangat. Kuah yang dalam mangkuk tu memang buat kita teringat-teringat jer. sedap la dayah cakap, suggest sangat kepada sesiapa yang nak cuba makan.
Small mix grilled tea boss (lamb+chicken) RM25.90 |
Small mix grilled tea boss ni pula gabungan daging kambing dan juga ayam. Menu yang abang dayah pesan untuk dia. Sedap tapi disebabkan dayah tak boleh makan kambing banyak, jadi dayah makan sikit jer, abang yang habiskan.
Chicken meatball bolognese RM12.90 |
Chicken meatball blognese ni rasa dia standart western lain. Jadi korang sudah boleh fikir rasa dia macam mana.
Chicken parmigiana RM16.90 |
Ni menu yang dipesan oleh anak buah dayah. Kena dengan selera dia la sebab ada kentang apa semua tu.
Conana boss = coco + banana RM6.50 |
coco tambah banana ni kalau pekat lagi sikit mesti lagi sedap. Dayah kan peminat cokelat jadi memang nak pekat-pekat. Bagi yang biasa jer, rasa dia ok la dengan tekak korang rasanya. Yang pastinya memang dayah minat la conana boss ni.
Grilled chicken meatball RM5.90 |
Grilled chicken meatball ni dayah tak nafikan memang sedap giler wey, rugi kalau datang tea boss dan tak pesan grilled chicken meatbal ni. Sedap sangat sampai sekarang rasa lagi dalam mulut, nyum nyum.
SEDAP KE MAKAN DEKAT TEA BOSS SUNGAI PETANI?
Bagi dayah okey ke tak makan dekat tea boss sungai petani okey sangat la sebab makanan dia dengan portion yang banyak sampai padat perut nak makan. Menu yang pelbagai sampai tak tahu nak pesan apa. Minuman dan pasta dengan harga yang serendah RM5/RM5.30.
Alamat lokasi:
163 Zon Melati, Jalan Melati 1, 08000 Sungai Petani
barakALLAHufikum
4 comments
tgh kenyang sarapan pagi tadi..tgok gambar ni terus lapar balik...huwaaa acaner nak kurus ni
ReplyDeleteWahh macam2 ada..nampak best je..harga pon berpatutan..wehaaa jom makan
ReplyDeletewahhhhh bestnyeee
ReplyDeletesedapppppppppnya
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.