Tips pilih warna hijab mengikut warna kulit

August 15, 2015

dreams fairy boutique, dreams fairy hijab boutique, tips pilih warna hijab mengikut warna kulit

REVIEW HIJAB

Assalammualaikum w.b.t
Pelajari Pemilihan Warna Hijab Mengikut Warna Kulit |  Pernah tak anda perasan kekadang ada sahaja yang memerhati cara penampilan anda. Terutamanya bila anda memakai hijab yang agak kurang sesuai dengan anda. Bagaimana ingin membuat pemilihan dalam berhijab mengikut tona warna.   
dreams fairy boutique, dreams fairy hijab boutique, tips pilih warna hijab mengikut warna kulit

Pelajari Pemilihan Warna Hijab Mengikut Warna Kulit

Setiap tona kulit kita berbeza, begitu juga dengan pemilihan warna yang sesuai untuk kita gayakan terutamanya pemilihan warna tudung. Tudung merupakan antara yang paling berdekatan dengan pemandangan seseorang. Jadi pemilihan warna yang betul mengikut tona kulit akan membantu dalam menaikkan seri wajah seseoarang.



Panduan pemilihan warna hijab yang bersesuaian dengan tona kulit:-


1. Kulit Putih

Anda yang berkulit putih adalah bertuah, kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning, kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya.


2. Kulit Kuning Langsat

Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam.
dreams fairy boutique, dreams fairy hijab boutique, tips pilih warna hijab mengikut warna kulit


3. Kulit Sawo Matang

Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang atau gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini.
dreams fairy boutique, dreams fairy hijab boutique, tips pilih warna hijab mengikut warna kulit

4. Kulit Gelap

Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh menenggelamkan penampilan anda.
dreams fairy boutique, dreams fairy hijab boutique, tips pilih warna hijab mengikut warna kulit

Dreams Fairy Boutique (DFB)


Dreams Fairy Boutique (DFB) merupakan perniagaan online hijab yang telah diusahakan oleh Yanie Yusuf dan Diayan Yusuf. Penubuhan DFB secara kecil-kecilan sehingga kini telah mengeluarkan koleksi shawl dibawah label DreamsFairy. Cetusan idea untuk DFB menbina empayar pengeluaran hijab kerana sumber inspirasi dari  adik-beradik sendiri, dimana mereka mempunyai 7 adik-beradik puteri-puteri belaka. Alhamdulillah kini DFB bukan sahaja menjalankan secara online tetapi telah join event-event besar seperti anjuran Mood Republik. DFB juga telah berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dibawah nama Dreams Fairy Boutique.


'' Hijab, Trendy & Islamic Law ''
Untuk sebarang maklumat lanjut dan Follow DFB di: 




sumber: http://www.wanista.com/

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum