Berangan steamboat and Grill
August 24, 2015
STEAMBOAT SEDAP DI SUNGAI PETANI
Berangan steamboat and Grill
Assalamualaikum semua..lama tak update blog sebab sibuk kerja separuh masa sementara balik USIM. Meh nak cerita sikit tentang berangan steamboat and grill di sungai petani.
Asalnya bos tempat dayah kerja ajak staff tea boss keluar dinner 2 minggu lepas, so ni cerita 2 minggu lepas lah tapi disebabkan tuan blog yang terlalu rajin meng'update' blog maka tersimpanlah entry ni dalam draft. Haha
![]() |
ni masa nak balik dah, diorang pakat nak tutup, kami sambung menyembang diluar kedai..hehe |
Sebelum dayah bebel lagi banyak baik dayah cerita tentang makanan dekat sini. Memang berpuas hati sangat-sangat kalau korang datang berangan steamboat and grill ni sebabnya tersapat pelbagai pilihan menu yang membuka selera. Daripada dalam laut hinggalah kedaratan.
Gambar tak ada sebab terlalu sibuk nak malan sampai lupa nak snap gambar menu yang terhidang banyak dalam frozen. Korang just pilih then steam kan ia or grill it. Sangat senang.
Ha meh tengok pilihan dayah, ni sebab craving sangat dengan daging yang di grill gara-gara tengok drama korea yang selalu sangat makan daging grill. Haha
![]() |
tak terliur ke korang? |
![]() |
nyum-nyum..mohon jeles yer hehe |
![]() |
portion yang sikit sebelum ambil portion yang lebih banyak =D |
Bukan setakat daging jer yang sedap, ayam dia lagi bertambah-tambah sedap dengan rempah ratus yang diperap bersama ayam dan daging. Tu yang buat makin berselera.
Bayangkan kitorang lepak dekat situ dari pukul 9 malam sampai pukul 11:30 malam. Itu pun disebabkan pelayan dia cakap yang diorang dah nak tutup kedai. Haha boleh pulak tak perasan
Harga untuk seorang dewasa Rm 19.90 manakala untuk seorang kanak-kanak Rm 9.90. Jadi korang boleh makan sampai puas.
So kepada sesiapa yang berada di sungai petani, dayah cadangkan cuba Berangan steamboat and grill di padang temusu. Korang tak akan rasa rugi lah..hehe
![]() |
ni boss yang tangkap gambar, abang dayah dengan dayah haha chubby brother is my brother >_< |
barakALLAHufikum
3 comments
harga sangat berpatutan :)
ReplyDeleteterus lapar tiba - tiba T_T
ReplyDeletejauhnya sungai petani. kalau dekat dah terjah dah. hihi
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.