SENYUMAN PERMULAAN HARI
Senyum! Tak perlu kata apa-apa. Senyum itu sedekah. Sedekah yang tak mengeluarkan modal, tak mengeluarkan keringat dan hanya mengeluarkan aura positif.
Kerjaya sebagai pendidik
Assalamualaikum, rasa kekok pula bila masuk blog sendiri setelah
sekian lama menyepi. Bukan kerana keinginan hati tetapi sedang mencari
identiti. Bukan sekadar kepuasan diri tapi semuanya ketentuan ilahi. Okey cukup
bermadah kita terus masuk isi kandungan cerita hari ni, dayah sebenarnya banyak
nak cerita tapi sampai tak tahu nak cerita yang mana satu, yang pastinya dayah
kembali kedunia blog setelah sekian lama menyepi.
Dayah cerita serba sedikit
tentang hidup dayah yer, boleh? Agak kalau bosan jangan la tekan pangkah dekat
tab atas tu..mohon juga baca..haha paksaan ni, oke cukup. Korang kalau rasa
bosan boleh ke page berikut..aiseh ayat pasrah.
BUANG EGO UNTUK MEMINTA MAAF
Assalamuaalaikum,
Pesan ibu,
Sudah buat salah MINTA MAAF. Tidak kira la siapa pun yang
salah. Minta maaf ja kan senang, nak ikut ego memang susah la, sampai kesudah
tidak boleh selesai masalah.
“be good, be kind and stay awesome! Always be a positive person.”
Memang tidak susah nak minta maaf tapi kalau letak ego nan
tinggi dekat tepi, in sha ALLAH senang jer nak menuturkan kata maaf itu,
percayalah! Ya betul, mudah berkata-kata dari melakukan. Dayah mengaku hal itu,
orang cakap senang la, cuba diri sendiri yang lakukan dulu. Kalau kumpulkan
kekuatan, in sha ALLAH boleh lakukan, lepas jer minta maaf tu, hati akan rasa
tenang yang teramat sangat. Betul! Sebab dayah sendiri selalu jadi macam tu.
Walaupun bukan salah kita, tapi bila ada orang yang tidak
puas hati, mungkin cara kita tidak kena dengan caranya, sebab tu dia tidak puas
hati, cepat-cepat minta maaf. Secara automatik benda itu akan terus selesai
disitu tanpa perlu dipanjangkan sampai berhari-hari. Dia nak maafkan atau tidak
itu terpulang kepada individu itu. Individu yang tahu akan dosa dan pahala, in
sha ALLAH akan memaafkan. Hidup dengan toleransi adalah hidup yang paling aman.
Hidup yang sangat bahagia apabila kita tidak bermusuh dengan orang.
Kadang tu, masalah sekecil hama, tetapi apabila kedua-dua
pihak ego, maka akan terus menjadi panjang dan mula lah akan timbul hal yang
diungkit-ungkit. Sama-samalah kita berdoa, agar kita tidak termasuk dalam
golongan yang tinggi ego untuk memaafkan orang. Semoga kita dijauhi dengan
sifat mengumpat dan menfitnah. Amin.
barakALLAHufikum
Hari kedua menunaikan umrah
Assalamualaikum,
Dah habis ke baca entri dayah di SINI? Kalau belum baca,
mohon pergi baca dulu sebelum baca entri kali ini, sebab entri kali ini adalah
sambungan daripada entri SANA. Okey entri untuk hari kedua menunaikan umrah ni
di Madinah yer sayang-sayang . Maknanya, penerbangan Saudi Airline tak ada
transit dimana-mana, terus daripada KLIA ke Madinah. Dah sedia semua untuk hari
kedua menunaikan umrah dengan adkdayah? Hehe
23 November 2017 | Perbezaan waktu dengan Malaysia
Kami daripada KLIA bertolak pukul 5 petang lebih dan sampai di Lapangan terbang di
Madinah pukul 11 lebih kurang, aik! Cepatnya sampai! Sebenarnya, waktu di
Madinah tak sama dengan Malaysia. Waktu di Madinah awal 5 jam daripada masa
Malaysia dan begitu juga sebaliknya. Jadinya kalau dayah sampai di Madinah
pukul 11, maknanya di Malaysia waktu itu pukul 4 pagi. Boleh bayangkan tak
macam mana mengantuknya waktu tu? Haha tapi disebabkan teruja, tak sempat fikir
mengantuk.
Lapangan terbang di Madinah
Masa kami sampai tu, waktu diorang nak dekat tengah malam la
kan? Pak arab dekat sana boleh buat rehat-rehat, kira agak panjang juga la kami
beratur tu untuk pengesahan passport. Pakat-pakat baca doa permudah, sebab
badan dah letih. Alhamdulillah, dalam setengah jam lepas tu, pak arab tu pun
mula buka kaunter dan urusan berjalan dengan lancar. Sempat lagi ahli kumpulan
usik dayah, “jangan tak lepas sebab PTPTN yer dayah” senget betul ahli kumpulan
dayah ni..hehe
Selesai semua urusan, kami dijemput oleh mutawif PDC Travel
wakil di Madinah (ustaz wan). Apabila dah sampai di tanah arab ni, pertuturan
pun arab la kan, rasa macam teruja pula, sebab dayah pun agak lama tinggal
bahasa arab. Tapi kan, bila dengar jer, kita faham dan mula rasa macam diasah
kembali bahasa arab yang dayah belajar dulu. Syukur sebab ada juga ilmu yang
boleh digunak pakai.
MUKHTARA INTERNATIONAL HOTEL
Perjalanan yang mengambil masa dalam 45 minit tu tak terasa
sangat apabila mendengar celoteh ustaz wan. Disetiap tempat akan diberitahu
cerita dan sejarah di Madinah. Seronok sangat, sampai la ke satu kawasan, ustaz
wan pesan “kita akan memasuki kawasan tanah suci dimana, kita perlu menjaga
pertuturan dan peradaban kita kerana kawasan ini digelar tanah suci kedua
setelah Mekah” maka oleh itu, kami tahu lah bahawa kami sudah sampai di kawasan
hotel yang mana hotel tu berhampiran dengan Masjid Nabawi. Saat sampai tu, Nampak
ja bumbung Masjid Nabawi, hati dah rasa macam sayu dan tak tahu nak ungkap.
Masjid dimana Nabi SAW di kebumikan, masjid yang menjadi pusat pengumpulan orang-orang beragam Islam. ALLAHU
AKHBAR!!
Kami menginap di Mukhtara International Hotel untuk 4 hari 3
malam. Jarak hotel dengan Masjid Nabawi menngambil masa hanya 5 minit. Agak dekat
, syukur!
Ziarah Masjid Nabawi
yang jadi imam tu ustaz arif, mutawif PDC Travel daripada Malaysia |
Lepas solat, dayah dengan mak balik ke hotel dan sarapan,
tunggu abang dan ayah sebab nak beli sim card, susah nak berhubung kalau tak
ada sim. Jumpa jer dengan diorang, laju jer ajak ronda depan-depan hotel tu,
kononya nak cari sim, last-last beli dekat bangla yang jadi waiter dekat hotel
yang kami duduk tu. Senang! Haha
Masa solat jumaat, dayah dan mak tak pergi, masa asar tu
kami pergi dan lepas solat jer, asar pukul 3, kami semua berkumpul di pintu
pagar bernombor 25. Waktu berkumpul tu, ustaz farid ada sekali, jadinya ustaz
farid yang bawa kami ziarah masjid nabawi sambil bercerita tentang sejarah yang
ada. Best sangat sebab cara penyampaian untaz farid memang terbaik la. Ops! Lupa
nak bagi tahu, ustaz farid ni COO PDC Travel yang menetap di Madinah dan Mekah.
Beliau juga yang bagi kursus umrah dekat kami masa di Malaysia.
Melawat sambil dengar cerita sejarah islam ni, memang best
sampai la waktu maghrib, perhh punya lama berjalan sampai tak terasa sebab
khusyuk sangat dengar cerita sejarah islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. maghrib
waktu tu pukul 5 petang dang isyak pukul 7 malam. Memang agak singkat siang di
sana.
RAUDHOH A.K.A TAMAN SYURGA
Lepas balik daripada isyak, balik tu memang mengantuk sangat, terus tidur. Bayangkan la, waktu tu pukul 8 malam, waktu Malaysia pula pukul 1 pagi, maunya tak mengantuk. Malam disana panjang, kalau shopping memang best la, tapi kena tahan mengantuk la, sementara nak adjust masa tu.
Pukul 9 macam tu dapat whatsapp daripada ustaz Arif, dia cakap ada ustazah yang akan bawa kami muslimat untuk ke Raudhoh. Haa!! ini la peluang, sebab nak masuk Raudhoh ni sangat-sangat la susah. Berhimpit dengan pelbagai orang dari macam-macam negara dan mazhab. Mak takut juga nak bawa dayah sebenarnya, sebab dayah tak boleh berhimpit sangat, takut asma.
Sekali, ustaz cakap ada ustazah yang akan bawa, terus laju jer nak ikut sekali, dalam pukul 10 malam, kami turun dan jumpa di lobi hotel. Ustazah Mariam, orang indonesia yang menetap di Madinah, fasih berbahasa melayu dan arab. Service terbaik la dayah cakap, ustazah Mariam bawa ni memang seronok dan ALLAH tolong sangat-sangat. Kami dapat masuk dengan tanpa halangan. Sekatan polis pun tak kena. Alhamdulillah.
Masa masuk tu, ustazah masukkan dayah dengan mak dulu, lepas tu baru ahli yang lain, kiranya dua orang sekali masuk sebab senang ustazah nak jaga kami yang tengah solat dalam tu. Kenapa berebut nak masuk Raudhoh untuk solat? haa!! jawapan yang ini, nanti dayah terang panjang di entri kemudian yer.
Nak cerita seronoknya dapat masuk tu, tak dapat gambarkan, bayangkan la, doa kita dimakbulkan kalau kita berdoa sesungguh hati di taman syurga ini. Haa! siapa yang tak nak, betul tak? ustazah Mariam memang betul-betul jaga, dan dayah dan mak dapat solat denga tenang tanpa ada yang melangkah atas kepala atau pun tertolak. Alhamdulillah.
Raudhoh hanya dibuka untuk muslimat pada masa yang ditetapkan iaitu selepas dhuha, zuhur dan isyak. Masa itu sahaja untuk kita ambil peluang masuk ke dalam. Raudhoh ini didalam Masjid Nabawi, tetapi dibahagian solat lelaki. Oleh itu, ada masa untuk muslimat yang hendak masuk. Perbezaan dia hanyalah karpet. Kalau kita masuk karpet hijau tu, bermakna kita dah masuk kawasan Raudhoh. Kalau karpet merah, bukan kawasan Raudhoh, tapi masih lagi dalam Masjid Nabawi.
Gambar? maaf, dayah tak sempat nak snap sebab terlalu teruja nak masuk dan menghayati saat-saat yang berharga disana. Taman syurga kot 😃
okey la semua, dayah harap ada la yang sudi membaca serba sedikit coretan dayah ini. Pengalaman dayah mungkin tidak sama dengan pengalaman orang lain. Ini dayah punya pengalaman, jadi dayah nak abdikan pengalaman itu di sini.
Jumpa lagi di entri seterusnya, semoga sihat sentiasa dengan barakah Ilahi. Amin