Peraturan penting | kabare?hehe tetiba datang bahasa jawa pula,
mood nak pelbagai bahasa ni datang ikot rasa dia jer. Ok fullstop itu dulu
sekarang nak cerita peraturan penting ni ha..
Apa yang peraturan penting tu? Peraturan
penting ni saja kawan2 dayah yang buatkan. Bila kami keluar makan together,
semua di wajibkan off data phone and letak phone
disebelah. Kenapa
penting? Penting bagi kitorang sebab bila lagi nak bersembang face to face
kalau semua asyik dengan gadjet masing-masing. Betul x? rasanya kalau
korang diluar sana practice kan benda ni
pun ok gak..hehe just cadangan, tapi Alhamdulillah semua ok and go on jer
dengan peraturan tu.
So best sangat bila keluar sesama dapat bergurau senda macam zaman dulu-dulu. Itu
kan salah satu cara kita nak create moment together, betul x? ini tidak, dalam
laman sosial punya la cakap rindu la, lama x jumpa la tapi bila dah jumpa sibuk
dengan phone masing-masing. Oh tidak, sakit woo. So peraturan penting yang
kitorang buat ni kalau korang rasa ok dan ada kebaikannya, marilah kita sama-sama amalkan. Hehe
Dayah bukannya anti-social tapi just nak bagi
ruang kita rapatkan silaturrahim, itu jer.
Yang paling penting, kawan laman social jangan buang sudah, betul x? itu
pun salah satu sahabat dunia akhirat, so aula kan yang mana penting .
Ok semua, jumpa lagi next entry.
barakALLAHufikum
Sihat ke kalau berbasikal? | Apa khabar semua, hari ni adalah
hari yang sangat padat dengan kelas, almaklumlah sudah tahun tiga kan..hehe so
sabar jer lah dengan liku-liku kehidupan iniversiti. Ok apa kaitan jadual kelas
padat dengan Sihat ke kalau berbasikal? Sebenarnya memang ada kaitan,
kaitannya adalah sesibuk mana pun kita, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain daripada pengambilan makanan yang seimbang, kita perlualah mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Betul x?
So, that’s why dayah tanya Sihat ke kalau
berbasikal? Berbasikal adalah salah satu senaman am I right? So sihat la
kan..siapa pakar kesihatan, tolong jawab kejap..hehe. semalam habis jer kelas
pukul 4, dayah terus balik and solat then tukar baju sukan terus ke pavilion,
USIM. Apa lagi kan, injam basikal then terus buat pusingan kawasan USIM.
Jalan dekat USIM kan berbukit-bukit, memang
nasib la..tapi best sangat sebab dapat riadah and keluarkan peluh. Kuatkan
stamina untuk siapa lagi kalau bukan untuk kesihatan badan diri sendiri, betul
x? so lepas ni marilah kita amalkan gaya hidup sihat, banyakkan senaman juga
yer J
barakALLAHufikum
Bukan terikut tapi memerhati | Salam isnin semua.. bukan terikut tapi
memerhati membawa maksud yang amat mendalam bagi dayah, kenapa? Sebabnya dayah
dapat ayat ni dari salah seorang sahabat dayah. Tutur kata dia still jelas dan
terngiang-ngiang di telinga dayah, ungkapan yang lembut dan terus masuk kedalam
jiwa. Besar makna dari kata-kata itu. Ikuti perbualan antara kami
‘ dayah x selesa la tempat-tempat macam ni’
‘ sabar la, kejap lagi kita balik’
‘event tempat dia bukan tempat yang x baik tapi
still…’
‘still apa?’
‘..dikelilingi dengan orang yang membuatkan
dayah x selesa’
‘ kita datang bukan sebab diorang dan bukan
untuk kita terikut dengan cara mereka’
‘dah tu? Apa jer sini?’
‘ datang bukan untuk terikut tapi memerhati”
‘memerhati? Means?’
‘dalam hidup ni kita kena tengok kehidupan
dunia luar ni macam mana, bukan hanya dunia kita, kita memerhati agar dapat
mentarbiahkan diri kita supaya tidak menjadi seperti mereka dan juga bukan
untuk memperkecilkan mereka, perbanyakkan doa agar mereka nampak jalan menuju
kearah kebenaran. Faham?’
‘Ok faham’
Deep sangat dan sentap juga sebabnya, dayah
hidup dalam dunia dayah tanpa mengira kehidupan di luar sana, sekali sekala
kita melangkah dan melihat apa yang ada didalam dunia mereka, dayah merasa
bertuah masih diberi peluang. ALLAHu
AKHBAR !!
Syukur masih ada kawan yang still memperingati
dan masih lagi sayangkan kita, menjaga kita dari tersasar kedunia yang lebih
mencabar keimanan.
Hope kawan2 blogging pun masih setia untuk
memperingati dayah yang sering alpa .
Hope ikatan ukhuwah sesame kita dibina atas
landasan yang diredhai..amin
barakALLAHufikum