Perangai perempuan yang merimaskan lelaki

March 24, 2016

PERANGAI PEREMPUAN

Assalamualaikum, hari ini nak cerita tentang perangai perempuan. Nak tahu tak perangai perempuan yang selalu membuatkan lelaki yang berada di sisinya risau, rimas, geram, susah hati dan sebagainya. Haa!! Meh nak cerita. Perangai perempuan yang satu ini telah menonjol dalam diri dayah bila mana semalam berlakunya satu kisah.

Nak tahu kisah apa? Macam ni, sebenarnya semalam dayah nak keluar pergi farmasi untuk cari ubat luka. Minta tolong kawan untuk bawakkan sebab dia ada kereta. Sekali kereta tak nak hidup. Dah start banyak kali pun tak hidup juga. Sebelum ni, pernah jadi juga tapi selepas kami tolak, ok jer kereta tu. Dengan formula yang sama, dayah dengan kawan 2 orang tolak la kereta tu. Tapi apakan daya tak nak hidup juga.

Masa tengah tolak tu, tak sangka pula diluar asrama ada pakcik yang memerhati. Selepas tu, dia tanya kenapa dan kami pun cerita la. Dia cakap meh pakcik tolong, bateri lemah dia cakap. Jadi, dengan kebenaran pengawal, pak cik tu boleh masuk kawasan asrama. Dia pun usaha dengan 'jumper' dan segalanya tapi masih tak hidup. Bateri tu dah lama sangat rasanya.

Pengajaran dekat sini, sebagai seorang perempuan, perlu lah mengambil tahu serba sedikit tentang kereta atau kenderaan yang kita naiki. Bila dah jadi macam tu, tak tahu nak buat apa. Nasib lah ada pakcik yang baik hati tolong tengokkan. Semoga Allah memberkati hidup pakcik dan isteri.

Lepas ni nak kena tuntut ilmu serba sedikit tentang kereta, takut pula jadi macam semalam. Nasib dalam asrama, kalau atas highway, tak ke membuatkan orang lain susah hati. Harap lepas ni, ambil pengajaran dan tak buat orang lain susah hati dah yer.

Ok semua, dayah semakin pulih dari kemalangan hari tu, luka dah kering, kaki pun makin surut bengkak. Alhamdulillah

 barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

  1. saya rasa perangai perempuan yang ni mmg natural hehehe,tp kte kne ambik taw jugk kn nasib baik ad pakcik tu

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum