Asal ada masalah jer pening kepala

June 15, 2016

Pening kepala

Assalamualaikum, selamat malam semua. Semua dah pakat tidur ke? dayah tak dapat nak tidur lagi sebab pening kepala berdenyut-denyut ni..daripada petang tadi lagi, masa meronda kampung cari ulam tu dah rasa pening kepala, tapi buat macam tak tahu jer dengan harapan akan hilang sakit kepala ni. Masa buka puasa tadi, terasa balik sakit tu, pandangan rasa macam kabur jer. Lepas tu, kalau berjalan, rasa berdenyut-denyut atas kepala. Hurmm

Ubat Pening Kepala


Dayah pernah pernah sakit kepala berbulan-bulan, ni bukan pening tau, tapi dia macam memusing. Kadang-kadang tu terasa macam duduk dalam bot, terhuyung-hayang. Kadang tu terasa macam lantai naik ke syiling, syiling turun ke lantai. Korang pernah rasa macam tu tak? Ni pun rasa macam tu dah, tapi ni macam boleh kawal lagi, tapi dah makan ubat pening kepala sebab baru-baru ni pun jadi macam ni sampai tiga hari..kira ni baru sembuh dalam 2 hari dan sekarang sakit balik. Ujian ALLAH bagi masa bulan puasa. Terima seadanya.

Macam mana nak buat yer, kalau pening macam ni. Korang ada cara tradisional tak, untuk ubat pening kepala? kalau ada kongsi dengan dayah yer. Harap sangat dapat ubati pening kepala yang kadang tu tiba hanya disebabkan silau. Kalau silau dengan matahari lagi parah, terus keluar isi dalam perut, paling tak tahan sebab rasa macam nak meletup jer kepala masa tu.

Mak dayah selalu cakap yang dayah akan pening kepala bila mana ada benda yang dayah perlu fikirkan dan benda tu salah satu benda yang berat. Mungkin ada kebenaran diesebalik ucapan mak dayah tu. 23 Jun 2016 nanti dayah akan ada pembentangan tentang Latihan Industri yang baru sahaja selesai. Jadi, laporan dan slide untuk pembentangan tu dalam proses lagi. Bahasa Arab kot, memang pening kepala la nak fikir smeua tu, tapi demi menghabiskan sisa baki di bumi USIM, perlu la selesaikan semua urusan dulu. Korang doakan dayah agar dayah kuat untuk hadapi semua ini yer.

Doakan dayah tak pening kepala lagi yer, sebab nak siapkan laporan untuk pembentangan nanti =)

Dayah doakan korang dalam keadaan sihat sejatera, nanti boleh masuk blog dayah lagi dan dengar celoteh merapu dayah ni..hehe okey lah korang, kesan ubat pening kepala tu dah mula bertindak balas dalam badan, mata pun makin layu jer ni, jumpa lagi yer nanti.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum