Entry hari ini berbeza sikit dari hari-hari lain, nak cerita sikit tentang passport. untuk pengetahuan semua, in sya allah bulan 1 tahun depan dayah akan berangkat ke Guilin, China untuk Global Islamic Students Outreach (GISO).
So, untuk mencapai misi kali ni dayah kena la buat passport untuk ke oversea ( cewii ko, oversea gitu ha..hehe ). ok stop nak bercewi ke apa ke. dekat sini dayah just nak cerita pengalaman dayah pergi buat passport dekat putrajaya.
Dayah pergi 8 orang. 6 orang jer yang nak buat passport, then kami bertolak dari kolej kediaman dalam pukul 9.30am. yer dayah tahu, pergi lewat tapi nak dijadikan cerita kami sampai dekat putrajaya dalam pukul 10 then terus pergi ambil nombor giliran.perhh..dapat untuk sesi petang no 1346 and masa tu baru 1019.
Sorang kawan dayah ni pula, perlu tukar i/c baru sebab katanya i/c yang kita buat time darjah 6 tu dah x bole pakai. nasib JPN dekat jer and sistem dia pun cepat jugak la. selesai satu masalah. then member laki pergi solat jumaat and kami lepak dekat Alamanda. dalam pukul 3 kitorang gerak pergi pejabat imigresen tup2 no baru 1214..nak tunggu dalam seratus lebih lagi..tengok jam dah nak dekat pukul 5..risau jugak takot x sempat nombor giliran kami. nasib pegawai2 imigresen ni baik2 belaka. takot jugak kalau diorang ni bekeng ke apa ke.
Lepas kami buat ni, tinggal pula seorang kawan dayah x lepas buat passport sebab katanya orang sarawak kena ada sijil kelahiran untuk buat passport..aduhai..satu pula masalah..yang kami ni pula x dapat passport lagi sebab dah lewat sangat dah time tu. so kitorang buat keputusan datang ambil hari ahad ( kelmarin ) itu pun selesai kitorang ambil passport apa semua, kawan dayah yang sarawak tu still x bole buat passport sebab pegawai tu cakap kena ada sijil kelahiran yang original and kena datang buat time week day sahaja..bila weekend kaunter untuk urusan passport yang kelahiran sarawak ni x buka..
Sedih sebenarnya. ia la kami datang dengan dia, tup2 x dapat selesai kan sekali. dah la nak serahkan passport dekat agen lagi bagi urusan visa..apa2 pun dayah doakan urusan dia mudah dan cepat selesai..aminn
kepada sesiapa yang tahu, kenapa ada perbezaan disitu boleh la terangkan dekat dayah yer..dayah x expert sangat dalam bab2 macam ni..ini bukan entry rasist yer..dayah just cerita and tanya pendapat kepada yang lebih arif untuk penjelasan yang mudah dan terang agar x disalah sangka =)
ok semua..by the way, dayah dah siap passport and ready to go >_<
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.