Kerjaya sebagai pendidik

July 01, 2019


Kerjaya sebagai pendidik



Assalamualaikum, rasa kekok pula bila masuk blog sendiri setelah sekian lama menyepi. Bukan kerana keinginan hati tetapi sedang mencari identiti. Bukan sekadar kepuasan diri tapi semuanya ketentuan ilahi. Okey cukup bermadah kita terus masuk isi kandungan cerita hari ni, dayah sebenarnya banyak nak cerita tapi sampai tak tahu nak cerita yang mana satu, yang pastinya dayah kembali kedunia blog setelah sekian lama menyepi.

Dayah cerita serba sedikit tentang hidup dayah yer, boleh? Agak kalau bosan jangan la tekan pangkah dekat tab atas tu..mohon juga baca..haha paksaan ni, oke cukup. Korang kalau rasa bosan boleh ke page berikut..aiseh ayat pasrah.


fannul atfal, majlis agama kedah, guru, pendidik
gambar ni masa bawak budak sekolah lawan Fannul Atfal di Baling anjuran Majlis Agama Kedah.

Sebelum ni dayah pernah cerita dayah kerja dekat Little Caliphs Bandar Puteri Jaya (LCBPJ) pada tahun 2017 daripada bulan februari sehingga bulan november. Dayah berhenti setelah dapat tawaran bekerja di Sekolah Rendah Al-Maarif (SERIAM) di Sungai Layar dekat jer dengan rumah dayah, dalam 15 minit kalau tak sesak.

Sebelum LCBPJ, dayah praktikal di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN) dari bulan januari sampai mei 2016 sebelum konvo di USIM. Jadinya, dayah pernah menjadi ustazah, teacher dan sekarang sebagai cikgu. Apa pun gelaran yang diberi, tugas tetap sama iaitu mendidik.

Masuk tahun ni 2019, hampir 2 tahun dayah berkhidmat di SERIAM. Kalau dalam pendidikan pula, hampir 4 tahun dayah dalam bidang perguruan. Alhamdulillah. Kerjaya guru memang sebati dengan diri dayah daripada kecik.

Masa kecik dulu, kalau main dengan kawan-kawan dekat sekolah, mesti nak main cikgu-cikgu..haha sanggup buat soalan kemudian paksa kawan jawab, balik rumah tanda kertas..imaginasi sangat tinggi.

Dah besar, jadi cikgu nak tanda kertas jenuh cari masa nak menanda. Tak merungut tapi bersyukur sebab itu cita-cita daripada kecik. Semoga pekerjaan ini menjadi salah satu jambatan pahala untuk menolong para pendidik di akhirat kelak. Amin.

barakALLAHufikum


Anda Juga Mungkin Meminati

6 comments

  1. Tahniah
    Tugas guru pekerjaan yang mulia.

    ReplyDelete
  2. Rabia pun kerja sbg cikgu tadika , taska Dan transit jugak. Heheh .

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dan selamat maju jay Cikgu Nur Hidayah .. :)

    ...

    ReplyDelete
  4. lamanya tak singgah sini, alhamdulillah semoga adik dayah akan terus menjadi pendidik menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan di kurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan..aamiin :) rindu sangat dengan dayah ..

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. alhamdulillah terima kasih adik atas jasa mu sebagai cikgu ^_^

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum