Travelog #1 | Pengalaman umrah pertama adkdayah

April 17, 2018


Pengalaman menunaikan umrah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dayah sudah selesai menunaikan umrah yang pertama pada tahun lepas. Itu salah satu sebab, bulan 11 dan 12 dayah tak berblog. Bulan 11 sibuk menguruskan urusan nak menunaikan umrah pada 23 November 2017. Dayah telah pergi bersama kedua ibubapa dan dua orang abang. Rezeki kami dapat pergi bersama-sama. Alhamdulillah, hanya itu saja yang mampu dayah ucapkan. Perasaan mula-mula dapat tahu nak pergi tu, macam-macam perasaan ada. Eh! Betul ke? Takut agensi tipu, takut tidak bersedia, gembira kerana pertama kali dapat panggilan ke Tanah Suci, sedih sebab rasa macam diri ini terlalu hina dan tidak layak, semua perasaan bercampur baur.

umrah pertama, pengalam umrah, pdc travel, umrah bersama pdc travel, saudi airline
pas ni, memang pakai sentiasa sebab dekat belakang dia ada info pasal kita, kalau sesat ke apa ke, senang, info semua ada situ
umrah pertama, pengalam umrah, pdc travel, umrah bersama pdc travel, saudi airline
5 beranak pergi menunaikan umrah 😍

22 November 2017

Dayah dan keluarga bertolak daripada Sungai Petani ke Kuala Lumpur dengan menaiki ETS. Kami bertolak pada pukul 4.50 petang dan sampai di KL Central pada pukul 8.50 lebih kurang. Dekat sana, kami menginap di rumah sepupu dayah.
umrah pertama, pengalam umrah, pdc travel, umrah bersama pdc travel, saudi airline
makteh dan pakteh ni mak ayah kepada sepupu yang kami tumpang rumah dia tu, diorang pun ikut sama hantar sampai KLIA

umrah pertama, pengalam umrah, pdc travel, umrah bersama pdc travel, saudi airline
teruja sebab dah lama tak naik ETS


23 November 2017

Keesokkan harinya, kami bertolak pukul 1 petang ke KLIA sebab tiket flight pukul 3 petang. Sampai jer sana, pihak agensi minta berkumpul di kaunter 10 kalau tak salah dayah, dekat sana la dayah dan keluarga berjumpa dengan ahli-ahli yang akan menunaikan umrah bersama-sama. Tunggu punya tunggu, dapat tahu kepal terbang delay pukul 5. Jenuh tunggu, dengan perut lapar lagi,kemudian cari kedai mampu milik jer la..haha KFC. Paling best, pergi beli maggie kemudian makan dengan ayam KFC. Adoii, tak sempat pergi lagi dah teringin makan maggie.
umrah pertama, pengalam umrah, pdc travel, umrah bersama pdc travel, saudi airline
sedikit penerangan tentang perjalanan kami, disampaikan oleh mutawif daripada PDC travel

umrah pertama, pengalam umrah, pdc travel, umrah bersama pdc travel, saudi airline
tunggu nak masuk kapal terbang, masa ni duk sakan cerita dayah tak lepas masuk tadi sebab PTPTN 😒 tetiba jadi hot isu disitu..haha

Pukul 4 petang, kami sudah berkumpul untuk masuk, masa dekat scan passport, tetiba dayah tak dapat nak scan, check punya check rupanya PTPTN tak lepas. Pelik! Sebab sebelum ini, dayah dah check, nama dayah memang tak ada dalam  blacklist. Nasib dayah baik sebab dapat kastam baik, dia yang tolong bagi nombor PTPTN. Dayah telifon dan dia minta bayarkan tunggakan dan dia akan buka sekatan. Masa tu, hanya ALLAH jer yang tahu, semua ahli dah lepas masuk dalam, dayah jer sorang-sorang dekat luar. Lepas jer bank in online dekat PTPTN terus dibuka sekatan, agak laju juga, yang bestnya encik yang PTPTN tu pn baik jer layan, dayah mas tu nak menangis semua ada..haha

Bayaran tertunggak RM15++ sahaja, encik kastam tu cakap, “macam mana boleh lepas buat passport? Diorang ni kalau nak sekat, lebih baik sekat awal-awal, tak la kecoh macam ni” haha lawak jer encik tu. Tapi masa tu mungkin hati nak pergi tunaikan umrah, ALLAH permudahkan urusan, lepas selesai semua, hati pun lapang kemudian masuk kapal terbang dan berlepas pukul 5 petang.

Penerbangan Saudi Airline


Dulu dayah pernah cerita dayah pergi Guilin, China dekat SINI. Jadinya, ini bukan kali pertama dayah naik kapal terbang. Abang dayah yang ke tiga pula, ini kali pertama naik kapal terbang, lawak pun ada, dia punya teruja nak duduk dekat tingkap tu, hanya ALLAH jer tahu, haha. Kalau dulu naik kapal terbang kecil, kali ini penerbangan yang memakan masa 8 jam itu pula naik kapal terbang yang besar. 3 kerusi di kiri, tengah dan kanan. Dayah dengan mak duduk di kerusi tengah, abang-abang dan ayah di kerusi kanan.
umrah pertama, pengalam umrah, pdc travel, umrah bersama pdc travel, saudi airline
abang yang teruja dapat duduk tepi tingkap, adik nak duduk sebenarnya tapi kesian ke abang yang pertama kali naik kapal terbang, haha bagi jer la, kesian

Dalam kapal terbang  apa lagi yang boleh dibuat, melainkan tidur, makan, layan movie dan game. Mak dayah pasang mengaji Al-quran yang disediakan , ayah pula asyik sangat dengan perjalanan kami yang dipaparkan di monitor dekat kerusi tu.

Okey la, entri seterusnya dayah cerita pula apabila sampai di Madinah yer.

barakALLAHufikum


Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

  1. Aminn doakan saya juga boleh sampai ke sana.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum