BOAT NOODLE DI SUNGAI PETANI, KEDAH

April 09, 2018


BOAT NOODLE


Assalamualaikum,

Rasa kekok pula bila menaip di blog sendiri setelah sekian lama tidak menaip. Kalau bagi alasan sibuk, semua orang akan cakap, sama jer semua orang..semua sibuk. Adkdayah seorang ni jer yang pelik sikit, sibuk sampai hampir setengah tahun tidak menaip di blog. Buka tiada hati di sini tapi kesempatan yang belum muncul tu membuatkan semuanya tidak sempat. Maafkan daku, huhu

Boat Noodle, boat noodel di sungai petani, harga boat noodle di sungai petani
Boat Noodle di Sungai Petani, Kedah
Dayah sebenarnya nak cerita banyak sangat tapi tak tahu nak cerita yang mana satu. Jadinya dayah cerita yang terbaru lah sebelum cerita benda-benda lain. Topik paling dayah suka ialah topik makanan. Haha lama sangat tak update pasal makan, dekat facebook dan instagram pun jarang nak update dah, bukannya sebab tak sempat tapi tak ada pasangan mahupun kawan yang sama minat macam dayah, pemburu makanan.

Baru-baru ni dayah ada program di sekolah, jadinya kena tidur dan berqiamullail di sekolah. Habis jer program pagi jumaat tu, dayah dan kawan terus balik. Dayah tumpang kawan dayah sebab dah alang-alang rumah kami dekat jer. Masa sampai dekat simpang nak masuk rumah dayah tetiba kawan tanya “hang lapaq dak dayah?aku lapaq ni” dayah apa lagi “mak ayah aku tak dak dekat rumah, jadinya kalau aku balik pun, tak dak makanan, confirm la lapaq, jom makan” haaa..gitu punya jawapan yang tak kena skema. Haha

Laju jer kawan dayah pusing kereta terus ke central square, satu jer tujuan kami, nak makan di Boat Noodle yang baru buka tu. Sampai jer, terus parking dan masuk cari kedai. Tak susah pun nak cari, masuk dekat ground floor dekat dengan subway. Nampak terpampang kedai makan Boat Noodle.

HARGA MAKANAN DI BOAT  NOODLE

Boat Noodle, boat noodel di sungai petani, harga boat noodle di sungai petani
6 jenis mee yang disediakan didalam mangkuk sederhana kecil
Punya lama dayah tak makan di Boat Noodle, sampaikan dayah terkejut, ada makanan ikut set. Wow! Apa lagi, terus pesan makanan mengikut set yang tersedia. Harga memang sah-sah la mampu. Satu set ada 3 mee (boleh pilih nak jenis apa), dressing 2 (boleh pilih wonton/ayam) dan air. Harga RM18.90 satu set tu. Murah la kan? Lepas tu kawan dayah terperasan ada yang boleh kita install apps dan dapat baucer percuma makanan dengan syarat makan yang kita oder tu atas RM30. Apa lagi tunggu, laju jer pesan satu lagi set ada sangkaya dan green tea dengan harga RM14.90. puas hati sangat-sangat dan kami tebus baucer tadi dengan ayam goreng dia berhagra RM12.90.
2 jenis topping/dressing yang ada

Boat Noodle, boat noodel di sungai petani, harga boat noodle di sungai petani
set sangkaya dan green tea RM 14.90

Boat Noodle, boat noodel di sungai petani, harga boat noodle di sungai petani
set ayam goreng yang ditebus menggunakan apps Boat Noodle
Total yang kami makan tu baru RM35 untuk 2 orang makan. Berbaloi sangat rasa. Kenyang sampai ke malam. Hilang terus diet hari tu. Haha

Kepada korang yang teringin nak makan Boat Noodle di sungai petani, boleh la datang cari dekat central square. Ni bukan entri berbayar yer, entri review ikhlas dari hati..haaa gitu.

Jumpa lagi yer semua =)

barakALLAHufikum


Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments

  1. Nampak sedap. Bilalah mama nk try ni

    ReplyDelete
  2. kalau tengah lapaq, semuanya sedap.

    ReplyDelete
  3. fira pun suka makan sini. sedap hehe

    http://www.cikfira.com/

    ReplyDelete
  4. kena try ni.. dah dekat dengan kampung..

    www.tipsummi.com

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum