Rindu pada kebiasaan

April 14, 2017

Perasaan Rindu


Assalamualaikum,

Ya Allah! dekat sebulan dayah tak menulis di blog, rasa rindu tu lain macam sebabnya, baru nak aktif balik, tetiba berhenti tanpa khabar berita. Paling best apabila dayah buka celoteh adkdayah, dayah baca banyak komen yang datang singgah di blog picisan dayah ni. Jadi dayah bertambah semangat untuk menaip kembali. Bulan 3 lepas, memang banyak sangat kerja kena siapkan dekat tempat kerja. Balik jer daripada kerja memang tak nampak benda lain dah, nampak katil dan bantal jer. Nampak laptop pun rasa macam, nanti-nanti lah update. Sekali usha, rupanya dah dekat sebulan, bulan 3 tak ada langsung entri daripada dayah. Sayang sangat, terus perasaan rindu itu datang menyerbu.

Selalunya, blog ni la tempat dayah meluahkan perasaan dan segala benda dayah kongsi. Blog ni dah jadi salah satu tempat dayah meluahkan perasaan daripada keluarga dan kawan-kawan. In sya ALLAH dayah akan mulakan balik penulisan dayah. Harap masih ada yang sudi membaca hasil perkongsian dayah yer. 


Perkongsian seorang guru amatur tentang kehidupan di sekolah tadika dalam mendidik anak-anak syurga. Mendidik khalifah muda untuk masa akan datang, harap sangat dayah akan terus diberi kesabaran dan kekuatan dalam mendidik anak-anak yang tiada dosa ini. Sesungguh apabila keletihan, melihat dan merenung anak-anak didik yang sedang dibuai mimpi, segala kepenatan hilang. Segala kekusutan hilang. 

Betapa besarnya nikmat menjadi kanak-kanak yang tidak perlu fikirkan segala macam masalah. Dayah harap korang doakan dayah kuat dalam mendidik dan melatih mereka yer. Dalam masa yang sama aktif kembali dalam penulisan blog. Serious rindu sangat nak menulis bukan rindu sikit-sikit tapi rindu yang banyak.

Tengok kawan blogger lain update entri, terus hati ni berdetik ‘ya Allah, bagilah aku kekuatan dan kesabaran dalam melihat keupayaan mereka yang tiada tolok banding kerana mereka mampu untuk melakukan banyak task dalam masa yang sama, jadikan aku seperti mereka yang mempunyai semangat yang jitu dalam penulisan blog ini ya Allah’

In sya ALLAH, akan update apa yang dayah buat selama sebulan. Doakan dayah yer..hehe

barakALLAHufikum


Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum