Kita bukan Ran, Dia bukan Sinichi
December 13, 2013
Jom Berfesyen Islam
Buat teman-teman yang disayangi ALLAH, kita bukan hidup berseorangan di dunia ini untuk buat apa yang kita inginkan.
ALLAH telah menetapkan tahap aurat muslimah kerana kita punya keistimewaan tersendiri yang kebiasaanya dipandang oleh lelaki. Kita tahu kehadiran mereka disisi mereka. Kita bukanlah Ran yang tidak menyedari kehadiran Sinichi. Alangkah malunya andai kita berpakaian mendedah aurat semata-mata untuk menarik perhatian kaum adam.
Ada diantara kaum adam bakal pejuang agama, bakal ilmuan agung, namun tersungkur disebabkan kita. Ada pepatah arab berbunyi ;
العلوم نورا. النور لا يهدي الله العصي( ilmu itu cahaya. Cahaya tidak akan diberikan kepada yang melakukan maksiat)
Kita membuka peluang kepada kaum adam untuk melakukan maksiat. Nauzubillah. Namun, tidak di nafikan ada di antara kaum adam yang sememangnya bermata nakal namun mereka bukanlah sinichi yang tidak diketahui kehadirannya. Kita sedar kewujudan mereka. Oleh sebab itu, jom sama-sama jaga maruah diri. Kita muslimah hebat, berilmu pengetahuan, punya pegangan mantap. KIta amat berharga.
Syurga milik semua. Bukan milikku, bukan milikmu jua tapi milik kita. Kita bakal bidadari Jannah.
Uhibbuk fillah
INGAT !!
^_^
Kita bukan Ran, Dia bukan Sinichi
Wanita ibarat rama-rama . Apabila jari tersentuh rama-rama maka coraknya akan hilang. Begitu juga dengan wanita. Apabila lelaki bukan mahram melihat dan menyentuh mana-mana bahgian tubuhnya, maka hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu. Jagalah sebaik-baik mungkin auratmu. Kerana seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita. Peliharalah dirimu kerana sebaik-baik kejadian.
semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua..~c/p~
barakALLAHufikum
oleh : Sekretariat Tahun 2 FPBU 2013/2014
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.