Seloka BBA 6 (sem 2) Coretan : nurhidayah, khadijah dan sakinah
July 03, 2013
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kata penyapa pembuka kata,
Hayatilah seloka ini bersama,
Kelas BBA 6 sem 2 empunya seloka.
Hari-hari makan kari,
Nak kata matang, budak lagi,
Suruh buat kerja terus menyepi,
Itulah Hafizan abang kami.
Bila senyum nampak gigi,
Mintak nombor x nak kasi,
Dari utara datang kemari,
Ahmad Taufik nama diberi.
Mengacau gadis satu hobi,
Kadang cakap menyakitkan hati,
Bila dia cakap semua semua geli hati,
Tu lah Hafiz ‘joker’ masa kini.
Orangnya buzy mengalahkan menteri,
Bila buat lawak dia ketawa sendiri,
Kesian,tahun depan kena duk jati,
Amar lah sapa x kenal dia ni.
Muhamad anak pensyarah,
Orangnya sporting juga peramah,
Jangan kata bukan pemarah,
Tapi!! Ada aku kesah?
Dari kedah datang ke Negeri Sembilan,
Orangnya penuh sifat kepimpinan,
Siapa sangka dia akan tinggalkan kami,
Nak buat macam mana bukan jodoh kami.
Seloka ini bukan lelaki sahaja,
Semua akan rasa,
Yang perempuan jangan ketawa,
Lepas ni giliran hampa.
Tiga sahabat dari Kelantan,
Bila senyum semua tertawan,
Syida, yati, ikma 3 sekawan,
Sebenarnya, semua pujian hanya rekaan.
Running man ditonton setiap hari,
Cukup-cukup lah berkelahi,
Dayah dengan Gary,
Kak Zati dengan joongki.
Nak kata kembar bukan dia,
Geletek sikit jerit satu dunia,
Dijah ba kami gelar dia,
Dijah daisy tinggi orangnya.
Bila kecek kelate, pekat sokmo,
Diorang kecek semua terngango,
Salsabila diberi nama,
Sakinah pula saing dio.
Orangnya lembut sekali,
Kak bi calon isteri mithali,
Lain pula dengan sufi ni,
Membebel x berhenti-henti.,
Katak puru, katak pisang,
Semua spesis dia tahu,
Gamat kelas bila datang,
Nik norasma memang macam tu.
Kak isha gelaran sensasi,
Penyebar berita masa kini,
Walaupun gosip sudah basi,
Isha rahmat tetap penghibur hati
Husni berjalan meleret bunyi,
Popia goreng kuih diminati,
Masa kuliah sorof lari bersembunyi,
Masa kuliah cik ta langsung tak berani.
Anak kesayangan ayah dan umi,
Talatahnya manja mencuit hati,
Prinsip hidup ingin berdikari,
Nor lina memang baik hati.
Tiba giliran pelajar sabah pula,
Aminah dan khadijah empunya diri,
Di dalam kelas sentiasa bersama,
Bila study, wow boleh di puji.
Syazwani cik meh dan syazwani ismail nama diberi,
Nickname “wani” di dalam kelas kami,
Orangnya cantik tiada terperi,
Bila marah cun sekali.
Hajar dan Alin 2 puteri,
Dua-dua hamper sama tinggi,
Sentiasa diam setiap hari,
Tapi awas dia-diam berisi.
Kelip-kelip tengok cikgu,
Pastu berotib pula,
Shima buat apa tu?
Rupa-rupanya proses tahi mata..
Berakhir disini coretan memori,
Kerana warganya yang memikat hati,
Segala salah harap diampuni,
Jadikan tatapan selepas perpisahan nanti.
Demikian cerita kelas BBA 6 kami,
Kepada yang terkena jangan kecik hati,
Ampun dan maaf kami sudahi,
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
barakALLAHufikum
0 comments
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.