Celoteh raya adkdayah

July 04, 2016

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Macam mana dengan persiapan raya? Dah buat apa? Aiseh, tanya macam dalam kad raya dulu-dulu pula kan? Hee..tadi pagi dayah balut ketupat dengan mak dan mak teh..3kg dan kami 3 orang jer yang balut. Pandai ke balut ketupat? Mesti la pandai, dayah dah belajar balut ketupat daripada umur sekolah rendah lagi. Tapi masa sekolah rendah, balut pun tak beberapa kemas.

Naik sekolah menengah, dah pandai sikit-sikit..kemudian masa umur 15 tahun sampai lah sekarang, kalau nak buat ketupat jer mesti dayah yang kena buat. Abang-abang dayah pun pandai balut ketupat. Ketupat apa? Ketupat daun palas la, utara kan..hehe
Dulu tak agak ketupat jantan ke betina..lama-lama dah pandai, baru tahu..ketupat yang dibuat cantik dan kemas, orang panggil ketupat jantan. Kalau buat ketupat betina, orang akan kata kita tak pandai balut. Haa..ni kalau sekat kampung dayah la. Tempat korang pula macam mana?

Lepas balut ketupat, dayah pergi meronda pekan sungai petani pula. Ya Allah!! Punyalah ramai orang, jem sampai dayah naik pening..huhu..bukan saja-saja pergi meronda, tapi pergi pekan lama nak beli ikan bilis, ikan talang, ikan masin dan segala persiapan lagi la. Jem pun jem la, asalkan dapat beli benda yang dihajati.

Lepas tu, nak pergi beli kuih raya lagi, tahun ni akak ipar dayah bersalin,jadi kuih raya malas nak buat, sebab tak ada geng yang nak sama-sama buat kuih raya. Kalau ramai-ramai buat, tak la rasa letih sangat. Nak tahu ke dayah beli kuih dekat mana? Haa..setiap tahun kuih raya kitorang tak pernah lupa nak beli dekat kampung Huma, sungai petani. Bahulu dia superb la dayah cakap..sedapp.

Ok lah, dari tadi duk bercerita jadual hari ini..sekarang dayah nak rehat-rehat kejap sebelum tolong mak masak dekat dapur. Jumpa lagi yer nanti, semoga sentiasa dalam rahmat ilahi.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. selamat hari rayaaaa meriah nyaaa...

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum